Pada tahun 1996, Malaysia melancarkan Agenda IT Nasional (NITA) sebagai sebahagian daripada strategi untuk pembangunan nasional dan pembinaan bangsa untuk mempersiapkan diri menghadapi cabaran era IT. Kerajaan memahami bahawa terdapat keperluan untuk pembangunan IT yang lebih seimbang untuk negara dari segi infrastruktur dan aplikasi maklumat di Malaysia.

Apabila kesedaran nasional mengenai teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bertambah, terutamanya, pemahaman isu keselamatan ICT yang merangkumi skop yang luas dan pelbagai, Malaysian Computer Emergency Response Team (MyCERT) dilancarkan pada Mac 1997. MyCERT adalah perlu kerana pertumbuhan dalam penerimagunaan penyelesaian ICT dari semua segi di Malaysia memerlukan rujukan dan pusat pakar yang boleh dipercayai utnuk menyokong kedua-dua langkah aktif dan proaktif dalam keselamatan ICT.

Mesyuarat Majlis Teknologi Maklumat Nasional (NITC) Ke-6 pada Januari 1998, bersetuju untuk membentuk agensi keselamatan rangkaian dan akreditasi nasional, yang kemudiannya pula melahirkan Pusat Keselamatan ICT dan Tindakan Kecemasan Nasional (NISER) yang juga bertanggungjawab terhadap MyCERT. Pada Mac 2007, peranan NISER dinaikkan untuk menjadi CyberSecurity Malaysia.

Hari ini, CyberSecurity Malaysia wujud sebagai pusat rujukan dan pakar nasional dalam keselamatan siber di bawah skop Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

 
..........................................................................................................................................................
www.cybersecurity.org.my