| |
Pencuri menggunakan cara yang dikenali sebagai phishing untuk menghantar e-mel atau mesej segera yang remeh yang benar-benar menyerupai mesej daripada syarikat bereputasi dan terkenal seperti bank dan tapak lelongan. Mesej penipuan ini mendapat untung dengan cuba memujuk anda untuk mengklik pada sesuatu laman Web atau tetingkap pop-up. Mengklik padanya boleh memuat turun virus atau membawa anda untuk mendedahkan maklumat sulit.
Berikut adalah tip untuk perbankan dalam talian yang selamat dan tip untuk mengelak penipuan "Phishing": |
|
| |
|
|
|
|
 |
| |
 |
Pastikan kata laluan dan kod PIN anda selamat, dan tukarnya dengan kerap. Jika anda menjalankan transaksi dalam beberapa tapak web, gunakan kata laluan yang berbeza untuk setiap satu. Buat kata laluan unik yang sukar untuk diteka, cth. gunakan kombinasi huruf dan nombor. |
 |
| |
|
|
 |
Bagaimanakah anda tahu tapak web ini selamat? Lihat pada bar status untuk ikon apabila anda melawat tapak bank. |
| |
|
|
|
| |
|
 |
Pastikan lampiran e-mel adalah dari sumber yang dipercayai sebelum anda membukanya. Jangan berikan respons pada e-mel yang meminta maklumat peribadi anda, maklumat daftar masuk atau pengesahan tukar kata laluan melalui e-mel. Jika anda tidak pasti akan pengirimnya, hubungi bank tersebut. |
| |
|
|
 |
Gunakan antivirus, anti-spyware dan program firewall yang popular dan disokong dengan baik oleh pembekalnya. Pastikan program adalah terkini dan sentiasa dikemas kini. |
| |
|
|
 |
Pasang atau dayakan kemas kini keselamatan untuk sistem operasi anda. |
| |
|
|
 |
Hafal kata laluan anda dan jika boleh, jangan tulisnya di mana-mana. Laporkan kecurian identiti atau sebarang aktiviti yang meragukan serta-merta kepada bank tersebut. |
| |
|
 |
Jika anda mengambil keputusan untuk pergi ke tapak web lain yang dipaut pada tapak web perbankan internet anda, baca maklumat privasi dan maklumat polisi bagi tapak web tersebut dahulu, sebelum menjalankan sebarang urus niaga. |
| |
|
 |
Periksa akaun bank anda dengan kerap untuk memastikan tiada pengeluaran palsu telah dijalankan. |
| |
|
 |
Jika melakukan pembelian dalam talian, gunakan kad kredit. Kad kredit biasanya mempunyai perlindungan yang lebih kuat bagi liabiliti peribadi. |
| |
|
 |
Jika akaun bank anda telah terjejas, bertindak pantas dan laporkan kepada bank, dan penguatkuasa keselamatan Cyber. |
| |
|
 |
Semasa melawat tapak perbankan dalam talian anda, periksa sama ada Tarikh dan Masa sepadan dengan tarikh dan masa bagi pendaftaran masuk terakhir anda. |
| |
|
 |
Gunakan penyemak imbas Web yang menyokong penyulitan tinggi (penyulitan 128 bit) – Untuk sistem Windows - Firefox 1.0, IE 5.5 dan NN7.2, untuk Apple Macintosh OS 10.2 - Apple Safari 2.0, Firefox 1.0. |
 |