| |
Internet membolehkan para pelabur mengakses akaun mereka 24/7, memulakan transaksi sekuriti hampir-hampir dari mana-mana sahaja dan dengan pantas, dan menawarkan kajian untuk peluang pelaburan dengan murah. Akan tetapi Internet ada kelemahannya. Tip berikut akan membantu anda melabur secara bijak dalam talian: |
|
| |
|
|
|
|
 |
 |
 |
Lindungi kata laluan anda untuk akaun pelaburan dalam talian. Simpan kata laluan di tempat selamat, dan jangan mengongsinya dalam Internet, menerusi e-mel, atau dalam telefon. |
 |
| |
|
|
 |
Jangan balas mesej remeh kecuali jika anda pasti mesej itu datang dari sumber yang disahkan. Ini termasuklah tidak menjawab sebarang mesej yang menawarkan pilihan untuk "Buang saya dari senarai anda." |
| |
|
 |
Jangan berikan maklumat peribadi dalam e-mel atau mesej segera. Ia mungkin satu penipuan. Kebanyakan syarikat yang sah tidak akan meminta maklumat peribadi melalui e-mel. |
| |
|
|
 |
Fikir dua kali sebelum membuka lampiran atau mengklik pautan pada e-mel atau mesej segera, walaupun anda mengenali pengirimnya. Jika anda tidak dapat mengesahkan dengan pengirim bahawa lampiran atau pautan adalah selamat, padam mesej itu. |
| |
|
|
 |
Jangan beli apa-apa atau menderma kepada badan kebajikan menerusi e-mel remeh. Pembuat mesej remeh sering kali bertukar-tukar atau menjual alamat e-mel orang yang pernah membeli dari mereka, jadi, membeli barang melalui mesej remeh boleh menyebabkan bertambahnya mesej remeh anda. |
| |
|
|
 |
Penjenayah menggunakan mesej remeh untuk mempergunakan niat orang untuk menolong orang lain. Jika anda menerima permintaan e-mel dari badan kebajikan yang anda ingin sokong, elakkan penipuan derma dengan menghubungi organisasi itu secara terus untuk mengetahui cara menderma. |
| |
|
 |
Jangan majukan e-mel mesej berantai. Bukan sahaja anda tidak dapat mengawal siapa yang melihat alamat e-mel anda, tetapi anda mungkin meneruskan satu penipuan atau membantu penyebaran virus. |
| |
|
 |
Jika anda menerima mesej e-mel yang kesat, mengganggu atau mengugut atau telah menjadi mangsa penipuan e-mel 'phishing', laporkan kepada MyCERT. |
| |
|
 |
Laporkan penipuan 'phishing' dan e-mel penipuan lain kepada syarikat yang dipergunakan namanya itu dan juga kepada MyCERT. Hubungi organisasi itu secara terus dan bukan menerusi e-mel yang anda terima. |
 |