| |
Internet sangat mudah diakses oleh sesiapa sahaja yang mempunyai komputer di rumah, temasuklah anak anda. Adalah penting bagi anda mengajar anak anda cara untuk menjadi selamat semasa mereka dalam talian mencari maklumat, berbual dengan rakan atau bermain permainan dalam talian. Berikut adalah beberapa tip untuk ibu bapa mendidik anak mereka mengenai keselamatan Internet:
|
|
| |
|
|
|
|
 |
|
 |
Galakkan anak anda menceritakan pengalaman mereka menggunakan Internet kepada anda. |
 |
| |
|
|
 |
Beritahu anak anda untuk menceritakan kepada anda perkara mengenai Internet yang membuat mereka rasa tidak selesa. |
| |
|
 |
Jika anak anda melawat bilik bual, gunakan program permesejan segera (IM), permainan dalam talian, atau aktiviti-aktiviti lain di Internet yang memerlukan nama daftar masuk untuk memperkenalkan diri, bantu mereka pilih nama itu dan pastikan ia tidak mendedahkan maklumat peribadi mengenai mereka. |
| |
|
|
 |
Tekankan kepada anak anda supaya tidak memberikan alamat, nombor telefon atau maklumat peribadi lain, termasuk di mana mereka bersekolah atau di mana mereka suka bermain. |
| |
|
|
 |
Didik anak anda bahawa perbezaan antara yang baik dan yang buruk tetap sama dalam Internet seperti di dunia sebenar. |
| |
|
 |
Tunjukkan kepada anak anda cara menghormati orang lain dalam talian. Pastikan mereka tahu bahawa peraturan untuk bersikap baik tidak berubah hanya kerana mereka menggunakan komputer. |
| |
|
 |
Tekankan kepada anak anda untuk menghormati hak milik orang lain dalam talian. Terangkan bahawa membuat salinan kerja orang lain—muzik, permainan video, dan program lain—sama dengan mencuri dari kedai. |
| |
|
 |
Beritahu anak anda yang mereka tidak boleh menemui rakan dalam talian secara bersemuka. Terangkan bahawa rakan dalam talian mungkin bukan seperti yang mereka katakan tentang diri mereka. |
| |
|
 |
Didik anak anda bahawa tidak semua yang mereka baca atau lihat dalam talian adalah benar. Galakkan mereka untuk bertanya kepada anda jika tidak pasti. |
| |
|
 |
Kawal aktiviti dalam talian anak anda dengan perisian Internet yang terkini. Kawalan ibu bapa boleh membantu anda menapis kandungan berbahaya, mengawasi tapak yang dilawati oleh anak anda, dan mengetahui apa yang mereka buat. |
| |
|
 |
Jangan benarkan mereka mengepos gambar sendiri atau gambar ahli keluarga. |
| |
|
 |
Jangan berikan kata laluan atau nombor kad kredit kepada sesiapa. |
| |
|
 |
Jangan terima tawaran hadiah atau terima jemputan ke rumah anda. |
 |