| |
Internet menjana minat dan keterujaan, oleh itu ia boleh mengambil banyak masa produktif anak anda. Semasa dalam proses tumbesarannya, adalah penting bagi mereka untuk mengurus masa dan mendedahkan diri mereka kepada pelbagai aktiviti pada siang hari atau mingguan untuk membolehkan zaman kanak-kanak mereka lebih berguna dan bermakna, selain daripada Internet. Berikut adalah beberapa tip untuk ibu bapa mengawasi masa dalam talian anak-anak mereka dan memastikan mereka selamat. |
|
| |
|
|
|
|
 |
 |
 |
Tanya diri anda sama ada penggunaan Internet anak anda mengganggu prestasi anak anda di sekolah, kesihatan dan perhubungannya dengan keluarga dan rakan-rakan. |
 |
| |
|
|
 |
Tentukan berapa banyak masa anak anda berada dalam talian. |
| |
|
 |
Dapatkan bantuan, jika anak anda menunjukkan tanda-tanda jelas ketagihan Internet, pertimbangkan untuk mendapatkan nasihat profesional. Penggunaan internet yang keterlaluan mungkin merupakan gejala bagi masalah-masalah lain seperti kemurungan, kemarahan, dan penghargaan diri yang rendah. |
| |
|
|
 |
Periksa tabiat anda sendiri semasa dalam talian. Adakah anda mempunyai masalah mengawal penggunaan Internet anda? Ingat, anda adalah model peranan yang terpenting bagi anak anda. |
| |
|
|
 |
Jangan haramkan Internet. Ia adalah bahagian penting dalam kehidupan sosial kebanyakan anak-anak. Sebaliknya, wujudkan peraturan Internet keluarga anda mengenai di mana anak anda boleh berada dalam talian dan apa yang boleh mereka buat - dan patuhilah ia. Peraturan ini termasuk: masa dalam talian yang terhad bagi setiap hari; tiada melayari Internet atau permesejan segera sehingga kerja rumah anak dilengkapkan; tiada bilik bual atau kandungan lucah dalam talian. |
| |
|
 |
Pastikan komputer berada di ruang terbuka. Letakkan komputer di ruang umum dalam rumah anda, dan bukannya di dalam bilik anak. |
| |
|
 |
Bentukkan keseimbangan. Galakkan dan sokong penyertaan anak anda dalam aktiviti-aktiviti lain - terutamanya hobi berbentuk fizikal dengan anak-anak lain. |
| |
|
 |
Bantu anak anda bersosial di luar talian. Jika anak anda pemalu atau tidak biasa bersosial dengan rakan, pertimbangkan kelas kemahiran sosial. Galakkan aktiviti yang membawa anak anda bersama dengan orang lain yang mempunyai kegemaran yang sama, seperti kelas komputer atau kumpulan hobi. |
| |
|
 |
Didik anak anda bahawa tidak semua yang mereka baca atau lihat dalam talian adalah benar. Galakkan mereka untuk bertanya kepada anda jika tidak pasti. |
| |
|
 |
Awasi anak-anak anda. Cari perisian yang mengawasi dan mengehadkan penggunaan internet, seperti mana kawalan ibu bapa. Walaupun alat penapisan dan pengawasan adalah berguna, ingat bahawa ia boleh dinyahdayakan oleh pengguna komputer yang mahir. Matlamat utama anda adalah membantu anak-anak anda belajar mengawal diri, berdisiplin dan bertanggungjawab dengan Internet. |
| |
|
 |
Cadangkan alternatif. Jika anak anda kelihatan hanya berminat dengan permainan video dalam talian, cuba permainan luar talian yang serupa dengan permainan kegemarannya. Sebagai contoh, jika anak anda gemarkan permainan pelakuan peranan fantasi, galakkan dia membaca buku fantasi. |
 |