Perkongsian fail peer-to-peer (P2P) membolehkan pengguna berkongsi fail dalam talian menerusi rangkaian komputer yang menjalankan perisian yang sama. Perkongsian fail boleh memberi anda akses kepada pelbagai maklumat, tetapi ia juga mempunyai beberapa risiko. Anda boleh memuat turun bahan hak cipta dilindungi, pornografi atau virus secara tidak sengaja. Atau anda mungkin tersilap membenarkan orang lain menyalin fail yang anda tidak ingin kongsi.

Berikut adalah tip keselamatan jika anda mengambil keputusan untuk berkongsi sumber:
 
         
Tetapkan perisian perkongsian fail secara teliti, memeriksa tetapan yang betul supaya pengguna lain tidak mempunyai akses kepada fail peribadi anda.
     
Pertimbangkan untuk memasang perisian anti-spyware. Sesetengah program perkongsian fail memasang perisian yang boleh mengawasi tabiat menyemak imbas anda dan menghantar data itu kepada pihak ketiga.
   
Selaraskan kawalan perkongsian fail supaya ia tidak dipasang ke rangkaian P2P sepanjang masa. Sesetengah program perkongsian fail terbuka secara automatik setiap kali anda menghidupkan komputer.
     
Guna perisian anti-virus dan firewall dan kemas kini dengan kerap. Fail yang anda muat turun menggunakan rangkaian P2P boleh disalah label, menyembunyikan virus atau kandungan yang tidak diingini.