Mengakses maklumat dan berkomunikasi dengan orang yang jauh dan dekat tidak pernah semudah ini. Dengan Internet, anda boleh memesan buku, memuat turun muzik dan permainan; mendapat kawan baru, bermain permainan dan banyak lagi. Walaupun begitu, Internet boleh memberi akses kepada penipu dalam talian, penggodam dan pencuri identiti kepada komputer anda, maklumat peribadi dan banyak lagi. Penting bagi ibu bapa untuk melindungi anak-anak mereka dan juga mendidik mereka tentang bahaya Internet.

Dengan peka terhadap bahaya Internet, anda boleh mengurangkan kemungkinan kejadian yang tidak diingini dalam Internet dan melindungi keluarga dan rakan anda. Mengetahui ancaman ini boleh membantu anda melindungi maklumat dan komputer anda. Untuk lebih selamat dan terjamin dalam talian, anda perlu mengamalkan kesemua tujuh amalan asas ini.
 
         
Berhati-hati semasa memberi maklumat peribadi di dalam laman web, e-mel, sistem permesejan segera, bilik bual atau pada papan mesej, terutamanya apabila anda tidak pasti. Anda berhak menanyakan mengapa dan bagaimana maklumat itu digunakan.
     
Lindungilah maklumat peribadi anda. Ia amat berharga.
   
Kenali siapa yang berurusan dengan anda.
     
Gunakan perisian anti-virus dan anti-spyware, dan juga firewall, dan pastikan ia sentiasa dikemas kini.
   
Pastikan sistem operasi dan penyemak imbas Web anda ditetapkan dengan betul dan sentiasa dikemas kini.
   
Lindungilah kata laluan anda.
   
Sandarkan fail yang penting.
   
Kenali siapa perlu dihubungi jika sesuatu berlaku dalam talian.