Penafian
 

CyberSecurity Malaysia tidak membuat sebarang pernyataan mengenai kesesuaian, kebolehpercayaan, ketersediaan, pemasaan, virus atau komponen berbahaya lain dan ketepatan maklumat, produk, perkhidmatan dan yang lain di dalam tapak web eSecurity dan pautannya untuk sebarang tujuan. Semua maklumat, produk, perkhidmatan dan yang lain adalah disediakan "seperti yang ada" tanpa sebarang waranti. CyberSecurity Malaysia di sini menafikan semua jaminan dan syarat mengenai maklumat ini, produk, perkhidmatan dan lain-lain, termasuk semua jaminan tersirat dan syarat kebolehdagangan, kesesuaian untuk tujuan tertentu dan bukan pelanggaran.

Tidak ada satu peristiwapun di mana CyberSecurity Malaysia boleh dipertanggungjawabkan atas sebarang kehilangan langsung, tidak langsung, berkaitan dengan, khusus atau kerugian atau kerosakan turutan apa pun, termasuk tetapi tidak terhad pada, kerosakan kerana kehilangan penggunaan, data atau keuntungan, disebabkan oleh penggunaan atau dalam apa pun cara yang berkaitan dengan penggunaan tapak web eSecurity dan pautannya, dengan tundaan atau ketidakbolehan menggunakan tapak web eSecurity dan pautannya, bantuan kepada atau kegagalan untuk menyediakan perkhidmatan, untuk sebarang maklumat, produk, perkhidmatan dan yang lain, yang didapati menerusi laman web eSecurity dan pautannya, atau jika tidak muncul dari penggunaan tapak web eSecurity dan pautannya, sama ada berdasarkan kontrak, tort, kelalaian, liabiliti ketat atau sebaliknya, walaupun CyberSecurity Malaysia telah dinasihatkan atas kemungkinan kerosakan.

Nasihat yang diterima menerusi tapak web eSecurity dan pautannya tidak boleh menjadi pergantungan untuk keputusan peribadi, perubatan, undang-undang, kewangan atau keputusan lain kerana ia mungkin mengandungi ralat tidak tepat atau tipografi. Anda perlu merujuk dengan pakar yang betul untuk nasihat khusus untuk memenuhi keperluan keadaan khusus anda.

Jika anda tidak berpuas hati dengan mana-mana bahagian dalam tapak web eSecurity dan pautannya, atau dengan sebarang terma penggunaan ini, penyelesaian tunggal dan khusus bagi anda adalah menghentikan penggunaan tapak web eSecurity dan pautannya.

 
..........................................................................................................................................................
 
Hak Cipta
 

Maklumat, produk, perkhidmatan dan lain-lain dalam atau tersedia menerusi tapak web eSecurity dan pautannya adalah tertakluk kepada pembetulan, perubahan atau pengubah suaian pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa. Tiada apa pun yang berada dalam, dipaparkan atau dipos dalam tapak web eSecurity dan pautannya boleh disalin, diterbitkan semula, direkod, dikurangkan atau disiarkan atau dalam cara lain, dalam sebarang bentuk atau melalui cara elektronik, mekanikal, fotokopi dan rakaman atau cara lain bagi sebarang tujuan atau kegunaan tanpa kebenaran jelas secara bertulis dari CyberSecurity Malaysia dan rakan kongsinya.