Elakkan mengepos entri yang membolehkan orang tidak dikenali mengetahui siapa anda atau di mana anda berada.
Jangan poskan maklumat peribadi, alamat rumah anda atau kawasan di mana anda selalu lawati.
Jika perkhidmatan blog mempunyai senarai "rakan" yang membolehkan anda mengawal siapa yang boleh melawati profil atau blog anda, benarkan hanya sesiapa yang anda kenal atau percayai. Jika anda tidak menggunakan fungsi peribadi, sesiapa sahaja boleh melihat maklumat anda, termasuk pihak dengan niat jahat.
Jangan membuat pertemuan dengan sesiapa yang anda "temui" dalam blog melainkan anda pasti siapa mereka. Walaupun ini tidak akan selamat sepenuhnya tetapi ketika anda bertemu, bawalah rakan sekali.
Elakkan mengepos gambar yang membolehkan orang mengenal pasti anda.
Jangan balas komen yang tidak baik, menyakitkan hati atau memalukan. Padamkannya dan, jika perlu, sekat orang tersebut daripada membuat komen lagi.
Peraturan keahlian dibuat untuk melindungi orang. Jika anda terlalu muda untuk mendaftar masuk, jangan cuba menipu tentang umur anda. Bincang dengan ibu bapa anda tentang tapak yang membenarkan anak kecil.