Berikut adalah beberapa tip keselamatan semasa berbual dalam talian:
Jangan berikan maklumat peribadi semasa anda berbual.
Pilih nama samaran tanpa jantina semasa berbual.
Jangan bersetuju untuk bertemu secara bersemuka dengan seseorang yang anda temui di bilik bual.
Apabila anda diminta untuk mendaftarkan nama samaran bual, pilih nama yang tidak memberi nama sebenar anda. Contohnya, anda boleh menggunakan Top Knight dan bukan Abdul Rahman.
Berhati-hati terhadap rakan bual lain yang mengajak anda bertemu di bilik bual peribadi. Jika tidak pasti, jangan sertai.
Baca terma dan syarat, tatacara kelakuan, dan pernyataan privasi yang dinyatakan pada tapak bual sebelum anda mula berbual.
Jangan sebutkan apa-apa yang anda tidak mahu diketahui umum, terutamanya maklumat peribadi.
Jangan dedahkan lokasi sebenar atau tempat di mana anda biasa lawati.
Jika seseorang berkata sesuatu yang membuat anda takut atau tidak selesa, sekat mereka.
Jangan bincang atau terlibat dalam perbincangan apabila seseorang bercakap tentang isu yang sensitif.