 |
Jangan balas mesej yang meragukan. |
|
 |
Pilih nama samaran tanpa jantina semasa berbual. |
|
 |
Jangan bermain cinta dalam talian, kecualilah jika anda bersedia menanggung akibatnya. Ini boleh menimbulkan perhatian yang tidak diingini daripada orang yang tidak diingini, seperti di dunia sebenar. |
|
 |
Simpan mesej yang menjelikkan dan laporkannya kepada Polis atau MyCERT. |
|
 |
Jika seseorang membuat ugutan dalam bilik bual atau dalam papan mesej, beritahu Polis atau MyCERT. |
|
 |
Jangan bersemuka dengan pemburu/pengganggu, ini boleh membawa kepada lebih banyak serangan kemarahan atau beremosi. |
|
 |
Jangan berikan maklumat peribadi mengenai diri anda atau orang lain. |
|
 |
Keluar dari keadaan dalam talian yang mula bersikap bermusuhan, daftar keluar atau layari tempat lain. |
|
 |
Cari tentang diri anda sendiri menggunakan enjin carian untuk memastikan tiada maklumat peribadi anda diposkan oleh orang lain. |