Berikut adalah beberapa tip keselamatan untuk diikuti semasa anda menghantar atau menerima e-mel daripada orang yang tidak dikenali:

 
 
Jangan berikan maklumat peribadi dalam mesej e-mel jika ditanya orang yang tidak dikenali. Ini mungkin penipuan oleh orang yang tidak dikenali untuk menggunakan maklumat anda dengan niat tidak baik.
Jangan buka lampiran atau mengklik pautan pada e-mel atau mesej segera, walaupun anda mengenali pengirimnya.
Jika anda menerima e-mel meminta derma, jangan balas atau hantar duit.
Jangan majukan e-mel mesej berantai. Pembuat mesej remeh menggunakan cara ini untuk mendapatkan alamat e-mel dan mereka juga menghantar virus melalui e-mel.
Jika anda menerima e-mel menganiaya atau menyakitkan hati, laporkan kepada MyCERT.
Laporkan e-mel penipuan