Berikut adalah tip berguna untuk menjadi selamat semasa berada dalam Internet:

 
 
Jangan berikan maklumat mengenai diri anda seperti nama, alamat dan nombor telefon anda kepada orang yang anda temui dalam internet.
Jangan hantar gambar anda sendiri, gambar rakan atau keluarga anda kepada seseorang yang anda temui atau berbual dalam talian.
Jika seseorang mengatakan sesuatu yang merisaukan anda atau mahu menghantarkan anda sesuatu, tanya ibu bapa anda atau orang yang lebih tua. Peka terhadap apa yang mereka katakan, terutamanya jika orang ini menanyakan terlalu banyak soalan peribadi
Jika anda merancang untuk menemui seseorang yang anda telah temui di Internet, bawa ibu bapa anda atau seorang rakan bersama. Orang di dunia sebenar mungkin berbeza daripada diri mereka dalam talian.
Jangan buka e-mel, fail atau pautan tapak web daripada orang yang anda tidak begitu kenal.
Jangan beri kata laluan anda kepada orang tidak dikenali.
Jangan sekali-kali memberi maklumat peribadi termasuk maklumat ibu bapa anda dalam laman web, e-mel, sistem permesejan segera, bilik bual atau pada papan mesej, terutamanya bila anda tidak pasti.
Ingat, rakan dalam talian mungkin bukan seperti yang mereka katakan tentang diri mereka. Seseorang boleh berkata bahawa dia budak perempuran "berusia 12 tahun" tetapi dalam dunia sebenar dia adalah lelaki dewasa.