Berikut adalah tip yang anda perlu peka apabila anda berkongsi fail dengan orang lain:

 
 
Terdapat isu undang-undang dan etika mengenai perkongsian bahan berhakcipta tanpa kebenaran, kerana pencipta atau penerbitnya tidak menerima wang atas kerja mereka. Ini boleh dikatakan sebagai mencuri.
Fail yang dimuat turun mungkin mengandungi gambar atau video lucah.
Sistem P2P boleh mengubah PC anda menjadi pelayan yang berkongsi fail anda, yang boleh meletakkan anda dalam masalah undang-undang atau mungkin membolehkan orang lain mendapat akses ke fail peribadi dalam komputer anda. .
Ia juga boleh menyebabkan masalah kepada rangkaian rumah atau sekolah anda.
Perisian P2P yang digunakan untuk mengakses fail kadangkala datang dengan "fungsi" tambahan yang tidak diundang seperti perisian "spyware" yang boleh melanggar privasi anda dan memaparkan pengiklanan yang mengganggu.
Elakkan berkongsi fail anda sendiri dan tolak sebarang tawaran untuk memasang perisian tambahan.
Tiada sistem P2P yang boleh menjamin anda tanpa masalah semasa anda mempunyai perisian itu dalam komputer anda.