Dengan peka terhadap bahaya Internet, anda boleh mengurangkan kemungkinan kejadian yang tidak diingini dalam Internet. Mengetahui ancaman ini boleh membantu anda melindungi maklumat dan komputer anda. Untuk lebih selamat dalam talian, anda perlu mengamalkan kesemua tujuh amalan ini.

 
 
Lindungilah maklumat peribadi anda. Ia amat berharga.
Kenali siapa yang berurusan dengan anda.
Gunakan perisian anti-virus dan anti-spyware, dan firewall, dan pastikan ia dikemas kini selalu.
Pastikan anda memasang sistem operasi dan penyemak imbas Web dengan betul, dan dikemas kini selalu.
Lindungilah kata laluan anda.
Sandarkan fail yang penting.
Ketahui siapa perlu dihubungi jika sesuatu berlaku dalam talian.