Kepentingan melaksanakan Pengurusan Keselanjaran Perniagaan (BCM) ialah untuk membolehkan organisasi bersedia menghadapi kemungkinan terburuk dan mengambil langkah untuk memperbaiki ketahanan infrastruktur mereka terhadap kegagalan. Melalui BCM, organisasi boleh menentukan proses perniagaan mereka yang penting dan impaknya yang boleh disebabkan oleh ancaman keselamatan yang muncul. Apabila malapetaka berlaku, kerjasama semua pihak diperlukan termasuk rakan perniagaan, pembekal perkhidmatan, perkhidmatan kecemasan dan badan berkaitan lain untuk membantu memulihkan semula dan menyambung operasi perniagaan ke keadaan asalnya.
         
         
Faedah mengamalkan BCM:  
     
  Mematuhi kehendak pengawal atur, syarikat insurans, rakan niaga dan pemegang amanah harta utama lain  
         
    Organisasi dapat terus hidup walaupun kejadian yang serius berlaku  
         
    Mengurangkan kesan kewangan apabila kejadian berlaku  
         
    Melindungi data sulit syarikat dan maklumat aset  
         
    Mengekalkan reputasi korporat dengan menunjukkan pendekatan yang profesional untuk mengurus situasi yang sukar  
         
    Boleh meneruskan operasi kritikal secepat mungkin dan memastikan perkhidmatan yang penting tidak terganggu  
         
    Meningkatkan keyakinan pekerja terhadap keselamatan kerja dan pembentukan organisasi yang terjamin