| |
|
Maklumat dan data adalah penting untuk fungsi sesuatu perniagaan, cth. rekod pelanggan, rekod transaksi, data pekerja. Oleh itu melindungi dan perlindungan adalah penting bagi organisasi. Sandaran menyediakan alternatif untuk syarikat mengambil semula fail dan dokumen yang bernilai selepas peristiwa kehilangan data seperti serangan penggodam dan bencana (cth. kebakaran, banjir) yang boleh membahayakan persekitaran perniagaan anda atau membantutkan perjalanan perniagaan. Organisasi mestilah sentiasa bersedia untuk menyambung perniagaan mereka dengan berkesan walaupun penceroboh merosakkan sistem komputer atau memusnahkan program perisian, atau memadam fail dan folder dalam pelayan. |
 |
| |
|
|
|
|
| |
|
| Berikut adalah tip untuk menjalankan sandaran yang berkesan bagi data anda: |
|
 |
|
 |
|
|
| |

|
|
Buat jadual sandaran pada kekerapan harian, mingguan dan bulanan untuk membuat sandaran semua dokumen. Apabila terdapat perubahan dalam kandungan sebenar, sandaran perlu dibuat serta-merta. |
|
| |
|
|
|
|
| |
 |
|
Kekalkan bahan sandaran dalam tempoh masa tertentu untuk membenarkan pemulihan semula atau isu pembaikan yang tidak didedahkan serta-merta. |
|
| |
|
|
|
|
| |
 |
|
Gunakan sandaran secara automatik, kerana membuat salinan secara manual mungkin mengambil masa dan memenatkan. |
|
| |
|
|
|
|
| |
 |
|
Jalankan siri ujian kepada proses sandaran itu dengan menyimpan semula kandungan itu dan menentusahkan ketepatannya dengan kerap. |
|
| |
|
|
|
|
| |
 |
|
Sediakan komputer tambahan untuk sentiasa menduplikasi data dalam komputer asal untuk pengembalian semula serta-merta. |
|
| |
|
|
|
|
| |
 |
|
Pastikan proses sandaran menghasilkan log tarikh dan masa supaya kandungan sandaran dapat disahkan. |
|
| |
|
|
|
|
| |
 |
|
Buat sandaran untuk pelbagai jenis medium (salinan cakera mudah alih dan salinan CD) untuk menawarkan fleksibiliti dalam proses pemulihan. |
|
| |
|
|
|
|
| |
 |
|
Salinan sandaran perlu diletakkan di tempat yang selamat, terutamanya bukan di kawasan pejabat untuk mengelakkan bencana sama yang memusnahkan salinan asalnya. |
|
| |
|
|
|
|