Setiap organisasi perlu mempertimbangkan untuk mengamalkan langkah keselamatan komputer meja bagi mengelakkan akses tanpa kebenaran pada komputer dan peranti pekerja, dokumen dan maklumat syarikat. Pekerja mesti mengetahui bagaimana cara melindungi data syarikat daripada kehilangan atau kemusnahan. Kerugian tersebut boleh berpunca dari campur tangan pengguna (cth. fail boleh diubah suai). Bentuk lain kehilangan data temasuk kecurian jelas perkakas komputer dan penyalinan data daripada medium simpanan yang pelbagai. Cara mencuri data syarikat boleh terjadi dalam bentuk penyalinan data daripada kubikel pekerja walaupun dalam beberapa minit sahaja menggunakan disket atau thumb drive.
Berikut adalah langkah yang boleh diambil untuk menambah keselamatan fizikal:
Latih pekerja untuk mengawasi barangan mereka seperti, mengunci komputer riba dan kabinet mereka walaupun mereka berada di sekitarnya.
Hadkan akses kepada pekerja yang dibenarkan melalui langkah seperti sistem sekuriti unik, kunci pintar, kad akses pekerja atau biometrik.
Latih staf untuk tidak membiarkan komputernya tanpa pengawasan; gunakan kata laluan penyimpan skrin untuk mengunci skrin komputer.
Simpan semua fail rahsia dan dokumen yang dicetak di dalam kabinet berkunci.
Letakkan CCTV atau sistem keselamatan lain yang boleh menyediakan kebolehan pengawasan tempatan atau jauh.