| |
|
Untuk organisasi dan staf, kebanyakan komunikasi peniagaan mengambil tempat melalui sistem e-mel untuk mesej dan bertukar-tukar dokumen (lampiran). Oleh itu, penting bagi setiap pekerja untuk peka terhadap ancaman pada sistem e-mel dan mereka tahu bagaimana mengendalikan e-mel, terutamanya dairpada sumber yang tidak dipercayai. E-mel remeh diterima kebanyakan orang setiap hari dan maklumat dalam menguruskannya adalah penting bagi semua staf. |
 |
| |
|
|
|
|
| |
|
|
|
|
Berikut adalah tip keselamatan untuk melindungi organisasi anda daripada penipuan e-mel: |
|
 |
|
 |
|
|
| |
 |
|
Padam mesej e-mel remeh tanpa membukanya. Kadang kala dengan hanya membuka mesej remeh dapat diketahui oleh pembuat mesej remeh. |
|
| |
|
|
|
|
| |
 |
|
Jangan balas mesej remeh kecuali jika anda pasti mesej itu datang dari sumber yang disahkan. Ini termasuklah tidak menjawab sebarang mesej yang menawarkan pilihan untuk "Buang saya dari senarai anda." |
|
| |
|
|
|
|
| |
 |
|
Jangan berikan maklumat peribadi dalam e-mel atau mesej segera. Ia mungkin satu penipuan. Kebanyakan syarikat yang sah tidak akan meminta maklumat peribadi melalui e-mel. |
|
| |
|
|
|
|
| |
 |
|
Fikir dua kali sebelum membuka lampiran atau mengklik pautan pada e-mel atau mesej segera, walaupun anda mengenali pengirimnya. Jika anda tidak dapat mengesahkan dengan pengirim bahawa lampiran atau pautan adalah selamat, padam mesej itu. |
|
| |
|
|
|
|
| |
 |
|
Jangan majukan e-mel mesej berantai. Bukan sahaja anda tidak dapat mengawal siapa yang melihat alamat e-mel anda, tetapi anda mungkin meneruskan satu penipuan atau membantu penyebaran virus. |
|
| |
|
|
|
|
| |
 |
|
Jika anda menerima mesej e-mel yang kesat, mengganggu, atau mengugut atau telah menjadi mangsa penipuan e-mel 'phishing', laporkan kepada MyCERT. |
|
| |
|
|
|
|
| |
 |
|
Laporkan penipuan 'phishing' dan e-mel peniupuan lain kepada syarikat yang dipergunakan namanya itu dan kepada MyCERT. Hubungi organisasi itu secara terus dan bukan menerusi e-mel yang anda terima. |
|
| |
|
|
|
|