| |
|
Keselamatan peranti mudah alih adalah isu yang kritikal yang perlu ditangani oleh semua organisasi. Pertambahan penggunaan komputer riba, PDA dan peranti mudah alih lain telah membawa kepada risiko keselamatan yang besar. Juga, peranti wayarles adalah terdedah kepada kecurian dan kehilangan. Dengan peka terhadap ancaman mudah alih, anda boleh melindungi maklumat syarikat dalam peranti mudah alih pekerja individual; membantu mengelakkan atau mengurangkan kebocoran data peribadi dan sulit syarikat dan mengurangkan kemungkinan dijangkiti virus yang boleh mengganggu operasi perniagaan. |
 |
| |
|
|
|
|
| |
|
| Berikut adalah cabaran menggunakan peranti mudah alih: |
|
 |
|
 |
|
|
| |
 |
|
Peranti mudah alih biasanya digunakan di luar premis syarikat. Ia mungkin tersambung pada rangkaian yang tidak selamat, atau berada dalam mod di mana ia tidak boleh dikesan oleh alat pengurusan. |
|
| |
|
|
|
|
| |
 |
|
Peranti mudah alih seperti PDA tidak direka dengan mengutamakan sokongan keselamatan. Ia hampir mustahil untuk dikemas kini, dan tampung yang disediakan amatlah kurang. |
|
| |
|
|
|
|
| |
 |
|
Pekerja cenderung menggunakan peranti mudah alih secara berlebihan untuk menyimpan maklumat sensitif. Walaupun begitu, mereka mungkin lalai atau tidak tahu cara menjaga peranti mereka. |
|
| |
|
|
|
|
| |
|
|
|
|
| Berikut adalah tip untuk untuk organisasi dan staf melindungi peranti mudah alih mereka: |
|
| |
|
|
|
|
| |
1. |
|
Awasi jejak peranti mudah alih. Syarikat perlu menjejaki sebarang peranti mudah alih yang bersambung sama ada secara langsung ke rangkaian organisasi atau bersambung dengan komputer pekerja. |
|
| |
|
|
|
|
| |
2. |
|
Hadkan pekerja dengan peranti mudah alih. Kenal pasti staf yang diberikan penggunaan peranti mudah alih sendiri, cth. komputer riba. Pekerja pentadbiran dan yang bekerja di meja boleh menggunakan komputer meja dan bukan komputer riba. Makin kurang penggunaan peranti mudah alih, maka makin kuranglah risiko kepada syarikat anda. |
|
| |
|
|
|
|
| |
3. |
|
Didik pekerja. Program kesedaran perlu dijalankan untuk melatih staf yang memilih peranti mudah alih. Mereka mesti tahu bagaimana mahu melindungi peranti mereka sebagai contoh, penggunaan peranti pengunci untuk komputer riba dan keperluan kata laluan. Sesi latihan perlu memfokus pada ancaman keselamatan dan tindakan yang perlu dijalankan untuk membantu syarikat mengurangkan risiko keselamatan. |
|
| |
|
|
|
|
| |
4. |
|
Perkenalkan garis panduan untuk menyalin data ke peranti mudah dibuang. Hasilkan panduan langkah demi langkah untuk pekerja memindah fail ke peranti mudah alih. Kebanyakan staf dengan bebas dan mudahnya memindah dokumen ke thumb drive USB mudah bawa, pemacu cakera luaran, dan CD dan DVD boleh disalin dan tidak tahu bagaimana cara untuk melidungi peranti ini. |
|
| |
|
|
|
|
| |
5. |
|
Peraturan bagi penggunaan peranti mudah alih peribadi di premis. Kenakan peraturan kepada pekerja yang membawa peranti mudah alih ke tempat kerja. Pekerja perlu juga digalakkan untuk menghubungi jabatan IT jika mereka mahu akses aplikasi organisasi melalui peranti peribadi. |
|
| |
|
|
|
|
| |
6. |
|
Beritahu pekerja apakah risikonya jika mereka kehilangan peranti mudah alih mereka. Bukan sahaja reputasi syarikat dalam risiko, tetapi maklumat peribadi mereka, seperti butiran kad kredit, boleh digunakan oleh orang yang tidak dibenarkan. |
|
| |
|
|
|
|
| |
7. |
|
Jalankan program antivirus dan firewall pada semua peranti mudah alih, kerana peranti boleh menghantar virus dan kod berbahaya pada rangkaian organisasi. Kebanyakan pengeluar antivirus kini menyokong peranti mudah alih. |
|
| |
|
|
|
|
| |
8. |
|
Kuatkuasakan kata laluan. Komputer riba biasanya mudah dipasangkan dengan kata laluan, tetapi PDA biasanya tidak mempunyai satupun. Pekerja cenderung untuk menyimpan maklumat sensitif seperti nama dan nombor pelanggan dalam PDA, yang amat bernilai kepada pesaing. |
|
| |
|
|
|
|