Maklumat dan data yang bergerak melalui Internet boleh dicuri dengar, oleh itu ia perlu dilindungi kerana ia membolehkan penggodam dan penyerang untuk memasuki rangkaian anda. Jika staf anda menggunakan komputer riba atau komputer rumah untuk menyambung ke rangkaian syarikat untuk mengakses perkhidmatan komputer meja jauh, rangkaian atau e-mel, ini mestilah dilindungi. Dua bahagian yang perlu diambil perhatian adalah mencegah curi dengar dan mengawal akses. Kawalan akses jauh memerlukan kemahiran teknikal dan perlaksanaan; oleh itu adalah lebih baik perkara ini dikendalikan pakar rangkaian.
         
         
Berikut adalah tip untuk melindungi perkhidmatan akses jauh  
 
 
   
Gunakan protokol yang selamat dan disulitkan untuk pautan komunikasi.
 
     
 
   
Rangkaian anda di pejabat mestilah dilindungi, cth. firewall.
 
     
 
   
Akses fizikal dan elektronik ke firewall anda, router VPN (Virtual Private Network), akaun pentadbir dan pelayan perlu disekat.
 
     
 
   
Pastikan semua staf menggunakan kata laluan yang kuat.
 
     
 
   
Pengguna mudah alih mestilah ditetapkan supaya tidak mendaftar masuk secara automatik dan menyimpan kata laluan pada komputer mereka.
 
     
 
   
Kemudahan akses jauh mestilah dibuang sebaik sahaja staf meninggalkan organisasi.
 
     
 
   
Awasi sebarang aktiviti ganjil dengan menyemak semula log pelayan.
 
     
 
   
Pastikan firewall dan sistem VPN anda dikemas kini secara kerap.
 
     
 
   
Pastikan program komputer meja jauh dipasang oleh pakar rangkaian kerana ia menghasilkan terowong menerusi firewall. Pekerja tidak boleh dibenarkan untuk memasangnya sendiri kerana ia melibatkan kawalan akses kepada sumber.